2. PENETAPAN GAJI PERMULAAN |
Gaji permulaan yang lebih tinggi pada P1T1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UTHM berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.
3. IMBUHAN DAN ELAUN BERKAITAN (BERDASARKAN GRED GAJI) |
Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan/Imbuhan Tetap Keraian/Imbuhan Tetap Khidmat Awam/Imbuhan Tetap Gred Khas dan lain-lain elaun yang berkuatkuasa.
4. KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN (TERTAKLUK KEPADA KELAYAKAN) |
a) Pinjaman Kenderaan
b)
Pinjaman Komputer
c)
Pinjaman/Pembiayaan Perumahan Kerajaan Persekutuan
| 5. SYARAT KEWARGANEGARAAN DAN UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN) |
Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan, manakala bagi bekas tentera/polis hendaklah tidak melebihi 45 tahun.
6. KELAYAKAN SPM MENGIKUT SISTEM TERBUKA UNTUK LANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM |
Calon-calon yang memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dipertimbangkan untuk dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi :
- lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
- lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
- memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus, dan mata pelajaran tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
Calon-calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah TIDAK LAYAK dipertimbangkan untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Calon-calon lantikan terus dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa. Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah Luar Negara hendaklah menyertakan surat pengesahan pengiktirafan ijazah dari Unit Dasar dan Pengiktirafan, Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam ( Malaysia).
9. PERMOHONAN OLEH PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT |
Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/ Badan Berkanun hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing bersama salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan. Borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak termasuk tidak menyertakan salinan dokumen yang dikehendaki dan permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
a) Permohonan secara ‘online’ melalui laman web http://www.uthm.edu.my Sila patuhi arahan-arahan berkaitan.
b)
Borang permohonan boleh didapati dengan hadir sendiri di Pejabat Pendaftar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), yang beralamat seperti di bawah atau di muat turun dari laman web Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di http://www.uthm.edu.my
c)
Borang yang lengkap diisi berserta sijil dan dokumen yang berkaitan dan telah disahkan hendaklah dicatatkan nama jawatan di penjuru sebelah kiri atas sampul surat dan dialamatkan ke Pejabat Pendaftar UTHM seperti alamat di bawah:-
Pejabat Pendaftar
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja
Batu Pahat, Johor
No. Tel. : 07-4537000 / 07-4537107
(u.p : Unit Perjawatan & Perkhidmatan Bukan Akademik)
(d) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:-
(i) tidak lengkap atau tidak terang;
(ii) tidak mengemukakan semua dokumen termasuk sijil-sijil kelayakan akademik;
(iii) tidak menulis nombor kad pengenalan;
(iv) tidak mengemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat; dan
(v) tiada pengesahan sijil-sijil berkaitan dan tidak ditandatangani
11. TARIKH TUTUP PERMOHONAN |
Jawatan Bukan Akademik - 31 Mac 2009
(a) Pemohon boleh memohon sehingga dua (2) jawatan dengan menggunakan satu borang dan hendaklah disenaraikan mengikut keutamaan.
(b)
Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak UTHM selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA
(c)
TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama enam (6) bulan dari tarikh permohonan diterima. Sebarang permohonan selepas tamat tempoh sahlaku hendaklah menggunakan borang permohonan yang baru. |