Prosedur Permohonan Panduan Permohonan Iklan Kemasukan Syarat Kemasukan / Program Ditawarkan Carta Alir Permohonan Borang Permohonan Semakan Permohonan

PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM PENGAJIAN
SEMESTER II SESI 2008/ 2009


Pejabat Pengurusan Akademik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

 

PROSEDUR PERMOHONAN APLIKASI ATAS TALIAN

1) Sila baca prosedur permohonan dengan teliti untuk memudahkan proses permohonan kemasukan secara ‘on-line’. Tarikh tutup permohonan secara 'on-line' ialah pada 26 September 2008.

2) Pemohon perlu mencetak dan menghantar BORANG PERMOHONAN yang telah lengkap diisi dan dokumen seperti di bawah yang telah DISAHKAN beserta wang proses dalam bentuk Wang Pos / Kiriman Wang bernilai RM10.00 atas nama ‘Naib Canselor UTHM’.

a) Borang Permohonan;
b) Salinan Kad Pengenalan / Mykad Calon;
c) Salinan Sijil Kelahiran Calon, Ibu dan Bapa;
d) Salinan Sijil Berhenti Sekolah / Surat Akuan;
e) Surat Tajaan dan surat pelepasan daripada majikan (bagi calon yang sedang bekerja);
f) Salinan Diploma / Setaraf;
g) Salinan Sijil SPM / Sijil Politeknik dan Setaraf;
h) Salinan Transkrip Penuh Akademik;
i) Salinan Sijil Kokurikulum; dan
j) Salinan keputusan MUET

3) Tarikh tutup penghantaran dokumen adalah pada 08 Oktober 2008.

4) Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Timbalan Pendaftar Kanan
Pejabat Pengurusan Akademik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja Batu Pahat
Johor

No. Telefon : 07-4537681/ 7689/ 7687/ 7694/ 7696
No. Faks : 07-4536085
Emel : pa@uthm.edu.my